My Badge

Zahari Kamal's Facebook Profile

Friday, January 2, 2009

AZAM TAHUN BARU 2009

Nampaknya kita akan melangkah ke tahun yang baru iaitu tahun 2009. So apakah azam korang?? Azam tahun baru ini adalah mitos sahaja....Azam tahun baru aku yang utama adalah untuk menurunkan berat badan...!!!!!

Sunday, December 7, 2008

Catatan Perjalanan Haji 2005







Sempena Bulan Haji yang mulia ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku menunaikan haji bersama rakan-rakan sekerja, MSC Technology Centre sewaktu kami bertugas di Madinah sebagai perunding bagi projek kerajaan elektronik Al-Madinah Al-Munawarah pada tahun 2004 yang lalu.

Alhamdullillah, setelah berusaha, aku dan rakan2 setugasku dapat tempat untuk turut serta dalam kumpulan haji dari Madinah. Kami mengikuti rombongan rakan2 warna Indonesia yang menetap di Madinah. Tahun itu juga merupakan tahun yang sungguh bermakna buat ku.. Aku telah dikurniakan anak yang ketiga oleh Allah pada bulan Disember 2004. Anak yang lahir pada 24hb. Disember ini telah aku tinggalkan setelah 14 hari bersama untuk berangkat ke Saudi Arabia bagi menyambung kerja dan melaksanakan ibadah haji.

Ahad - 16hb. Januari

Melakukan persiapan terakhir untuk menunaikan haji – membeli barang2 keperluan..kain ihram, tali pinggang, selipar, membaca buku-buku panduan haji (ade banyak version, yg dari tabung haji pun ade) …menyediakan nota kecil (mengandungi bacaan-bacaan doa) untuk dibawa semasa mengerjakan haji terutamanya ketika Tawaf dan Sai nanti. Kami juga sempat melihat video penerangan haji oleh Ustaz Ismail Kamus..

Isnin - 17 Januari

Mengemas barang masuk ke dalam beg..Rasa seronok nak memulakan perjalanan tapi rasa gentar …takut akan cabaran yng akan mendatang…Aku bangun awal 6.00 pagi…Aku dan rakan ku, Zahari Rahman (Harry) masak nasi lemak untuk dijadikan sarapan. Nasi lemak hari ini sungguh special...berlaukkan sotong dan ayam...Kami menggerakkan semua rakan-rakan untuk sarapan pada jam 9.00 pagi.. Pukul 11.30 baru mandi sunat ihram, lepas tu sembahyang sunat musafir dan pakai ihram..…pukul 12.00 berhimpun dgn semua rakan-rakan (Hiskal, Harry, Adlin, Azman, Shukri, Shazli, Rizal, Lotfi)….Lotfi melaungkan azan, dan Hiskal membacakan doa moga-moga selamat perjalanan kami…..pukul 12.20..kami keluar dari rumah..untuk ke Asia Tour. Asia Tour adalah agensi haji kami.


Pukul 12.30 ptg, kami sampai di pejabat Asia Tour. Kamilah antara rombongan yg mula-mula sampai..Nampak sunyi aje kat sini..betul ke nak gi haji hari ini...Harry, Adlin dan Shukri pula menghantar kereta sewa kami (HONDA ACCORD 2.4) ke airport. At least jimatlah duit sikit tak payah sewa kereta tu untuk seminggu.


Kedengaran Azan berkumandang di Masjid Nabawi…kami berdiri sambil menunggu kedatangan jemaah lain. Tepat jam 1.30 petang, jemaah2 lain beransur2 datang..
Lebih kurang pukul 2.00 petang, kelihatan 2 bas datang untuk membawa kami..Basnya agak lama..tahun 80an…Biasalah kat Saudi ni, bas buruk memang laku semasa musim haji..
Semua jemaah sibuk mengambil pas masing2..termasuklah kami.

Kami memilih untuk menaiki bas berwarna hijau., Beg Adlin hampir2 ditinggalkan, mujurlah seorang jemaah membawa beg itu dan bertanyakan siapakah tuan nya.

Bas yang kami naiki 1/3 penuh dengan jemaah wanita Indonesia, 20 orang jemaah lelaki Indonesia..dan 2 jemaah Morocco. Seperti yang dijangkakan…orang Arab ni memang lemah bila masuk bab menepati masa. Sibuk mengambil kedatangan jemaah sorang demi seorang. Aku mengambil tempat di belakang sekali di sebelah Hiskal dan rakan-rakan lain.



Jam 4.30 petang, selepas azan Asar, bas mula bergerak ke arah Bir Ali – tempat miqat kami…Ustaz Mawardi – mutawif kami memberi taklimat mengenai perjalanan suci kami menjadi tetamu Allah dan cara-cara mengerjakan haji .Kami sampai di Bir Ali jam 5.00 petang. Suasana di Bir Ali begitu sibuk sekali, penuh dengan jemaah-jemaah lain. Kelihatan berpuluh-puluh bas dan kereta berada di kawasan itu. Pemandu bas kami memberi masa selama 30 minit sahaja.

Kami lantas pergi sembahyang qasar (Asar& Zohor) dan sunat Ihram.seterusnya berniat Haji..Kami membeli sedikit makanan dan minuman utk dibuat bekal dalam perjalanan yang dijangkakan akan mengambil masa yang agak lama.

Bas bergerak meninggalkan bir ali pada pukul 6.30 petang…Sebaik sahaja bas memasuki lebuhraya, pemandu bas berhenti selama 20 minit..untuk menolong bas lain
yang rosak. Setelah itu, bas bergerak semula selama 10 minit. Bas singgah di pusat pengumpulan jemaah haji…Dipusat itu, kami telah dibekalkan oleh minuman dan makanan (air kotak, kurma dan sedikit manisan) oleh pihak kerajaan. Setelah itu, bas meneruskan perjalanan, kira-kira jam 8.00 malam, kami berhenti di check point yang pertama (Madinah). Semua penumpang menyerahkan dokumen perjalanan masing-masing. Kami tak risau sebab kami dah register sebagai jemaah di bawah rombongan ini.

Setelah itu, bas meneruskan perjalanan dan berhenti pada jam 9.00 malam….Kami menunaikan solat Isyak & Maghrib. Tandasnya agak kotor… ...cabaran bermula!!!
Lepas tu kami makan malam bersama jemaah...Makanannya ..Nasi arab dan Ayam Golek..Ruang tandas terhad dan quenya agak panjang.



Sepanjang jalan, kami bertalbiah...Perjalanannya agak perlahan, terlalu banyak kenderaan dan sesak...Yelah..lusa dah nak start wukuf...


Selasa 18 Januari

Bas meneruskan perjalanan, dan berhenti pula di check point kedua...lamanya utk melepasi checkpoint ini (240 km to Mekah)..lebih dari 4 jam…Kira-kira jam 4.30 kami melepasi check point ini..dan bas berhenti lagi pada jam 6.30 pagi untuk sembahyang Subuh..ruang ambil air sembahyang agak sempit..
Kira-kira jam 7.00 kami meneruskan perjalanan (100 km to Mekah) dan berhenti semula pada jam 8.00 pagi pada checkpoint Mekah..begitu panjang que..dan ramai jemaah yang tak ada permit, keluar dari kenderaaan dan berjalan dgn memakai ihram menuju ke arah bukit..di kiri dan kanan.bagi mencari jalan utk melepasi check point..

Kenderaan kami diperiksa..secara rambang, alhamdullillah, kami lepas dan meneruskan perjalanan ke Mekah pada pukul 11.00 pagi...dan akhirnya sampai ke bandar Mekah jam 12.30 tengahari.

Inilah perjalanan yang paling lama sekali dalam hidup ku. Biasanya jarak 400km dari Madinah ke Mekah ni mengambil masa 6 jam sahaja. Tapi kali ini, 22 jam. Pada keadaan biasa, aku mungkin akan menjerit sekuat hatiku untuk melepaskan ‘tension’ ini, tapi aku faham, inilah antara cabaran haji ...yang mengajar kita supaya menjadi insan yang bersabar. Disamping itu, pantang larang berihram perlu dijaga juga!!!

Bas yg membawa kami.berpusing kesana kemari bagi mencari hotel penginapan kami.
akhirnya kami sampai di sebuah hotel pada jam 1.00 petang....Kami turun dari bas dan mengeluarkan semua beg kami dari perut bas. Kami merasa lega..

Dalam pada itu, tiba-tiba kami diberitahu, penginapan kami semua bukan di sini. Kami disuruh masuk ke dalam bas semula..Pemandu bas pulak enggan membuka stor simpanan barang di bawah bas..Kami terpaksa mengangkat semua beg ke dalam bas semua.Bas berjalan semua dan tak lama kemudian, kami sampai di hotel yang lain, hotel ini di Mina, dekat dengan tempat melontar (Jamrah)

Kami mendiami satu bilik beramai-ramai di tingkat satu..bersebelahan dengan dapur….Hotel ini hotel kelas bawahan (kelas 2) .tilamnya di atas lantai aje..30 orang sebilik ....takpelah demi untuk mengerjakan haji…lagipun kami bayar murah sahaja.

Kami mengambil air sembahyang dan pergi menunaikan sembahyang zohor dan asar di masjid berhampiran.selepas sembahyang, kami pulang ke bilik..tak lama selepas itu..makan tengahari di siapkan..nasi putih lauk ayam ; daging...Lauknya dimasak oleh orang Indonesia.... 

aduh..laparnya kerana tak breakfast dari pagi tadi..Kami pun berehat..semuanya kelihatan tenang walaupun kepenatan setelah berada dalam bas lebih dari 22 jam.



Kami pun bersiap-siap utk ke Masjidil Haram. Lebih kurang jam 5.00 petang, kami pun menaiki teksi untuk ke Masjidil Haram..setibanya di sana, kami semua berjanji untuk berjumpa semula di jam besar depan Gate King Fadh (Gate 1) selepas Isyak. Kami pergi secara berkumpulan..aku dengan Harry.


Kami pun terus menuju ke Kaabah untuk melakukan Tawaf Qudum...Kelihatan ramainya orang yang berada di situ..semuanya hamba2 Allah yang berbilang bangsa datang untuk mengerjakan haji. Nampaknya, keadaan amat sesak di kawasan permulaan tawaf di hadapan garisan hajar aswad...Kami kuatkan semangat dan masuk ke kawasan tersebut.

Kami memulakan tawaf pada jam 6.00 petang...begitu sesak sekali..kelihatan ramai sekali orang2 dari Indonesia, pakistan dan turkey. Pakcik-pakcik/makcik-makcik tua pun ramai..kelihatan masing-masing menolak-menolak untuk kehadapan...ramai juga yang sembahyang didepan makam ibrahim..Aku tumpukan perhatian ku pada tawafku dan aku tidak hiraukan suasana tolak menolak tu..Aku tawaf bersama Harry..elok dari pusingan pertama ke keenam..masuklah waktu maghrib..aku berhenti utk mengerjakan sembahyang maghrib betul-betul dihadapan Kaabah..terasa sayu bila melihat Kaabah ini mengenangkan betapa kerdilnya kami di hadapan Allah s.w.t.Imam pun membaca surah yang pendek sahaja untuk memberi lebih masa kepada semua jemaah untuk melakukan Tawaf. Selepas maghrib, kami pun sambung tawaf pusingan ke tujuh..Selepas selesai, aku pun kerjakan sembahyang sunat tawaf jauh di belakang Makam Ibrahim..Ketika keluar meninggalkan kawasan tawaf, aku telah telah terpisah dari Harry..Tak nampak langsung kelibat dia..

Selepas selesai sembahyang, aku terus ke tempat simpanan selipar ku..dengan harapan dapat bersama Harry semula untuk SAEI..setelah menunggu lebih dari 10 minit, Harry masih lagi tidak kelihatan.aku pun terus menuju ke bukit Safa (di tingkat bawah) untuk mengerjakan Saie Haji aku seorang diri.Ramai sekali orang melakukan saie ini di bahagian bawah terutamanya dari Safa ke Marwah..aku tekadkan hati aku untuk melakukan saie dibahagian bawah walaupun sesak sebab ianya lebih afdal.Suasana tolak menolak berlaku sepanjang waktu Saei ini terutamanya dari Marwah ke Safa..Sepanjang Saie ini, aku tidak nampak seorangpun rakan-rakan.mungkin sebab terlalu sesak...dan terlalu ramai orang...Sempat juga aku berhenti seketika untuk meneguk air zam-zam.untuk menghilangkan sakit tekak dan batuk yang sedang aku alami. Sempat juga aku menghabiskan bacaan Yassin sepanjang perjalanan Sai ini.

Alhamdullillah, aku berjaya menamatkan ibadat Sai ini..dan setelah selesai, masuklah waktu Isyak. Aku mengerjakan Isyak dikawasan Sai ini dalam keadaan yang tidak selesa sebab semua jemaah berebut-rebut tempat. Setelah selesai Isyak, aku pun keluar dari Masjid menuju ke tempat temujanji kami. Kami berhimpun semula dan kelihatan Harry berada di sana..Beliau juga telah buat Sai lebih kurang waktu yang sama dengan aku..tapi tak bertemu pula ketika itu.

Setelah semua selesai, kami pun makan malam. Aku makan Big Boss (Burger Daging) (SR 18) yang dibeli dari restoran Hardee sambil duduk di atas lantai dihadapan Masjidil Haram. Big Boss ni kalau kat malaysia tu, burger yg bersaiz besar..

Selepas itu kami bergegas untuk pulang ke tempat penginapan..sebab dalam program rombongan, kami akan ke Mina pula. Susah jugak nak dapat teksi...setelah hampir setengah jam, barulah kami dapat teksi GMC – seorang pakcik tua yang tahu jalan untuk ke tempat penginapan kami.

Kami sampai di tempat penginapan pada pukul 9.30 malam. Kami diberitahu yang jemaah lain masih belum sampai lagi dan kemungkinan besar kami tak jadi ke Mina.Kami mengambil kesempatan ini untuk berehat.

Tak lama lepas itu, muncullah mutawif kami dan beliau berkata bahawa esok pagi-pagi kami akan ke Arafah...Kami pun mengemaskan beg utk membawa barang-barang yang perlu sahaja seperti kain ihram, spray air, sejadah, sedikit makanan & minuman ringan. Rakan-rakan lain membawa kamera bersama.

Tapi aku tak boleh berehat, suasana dibilik begitu bising sekali sebab hampir dengan dapur..berbunyi bahasa Indonesia di sana sini.dari pukul 12 malam hinggalah ke pukul 3.00 pagi..Aku tak boleh tidur sebab bising, penat, kurang selesa....dan juga bising dari dengkuran kawan-kawan lain.

Rabu 19 Januari – Hari Wukuf

Aku siap awal pada pagi tu.jam 4.30 pagi..terus kejutkan rakan-rakan yang lain.semua bangun cepat sebab nak berebut bilik air. Bilik air ada 2 sahaja di tingkat satu ni.Sarapan pagi disediakan...alhamdullillah.bubur kacang campur roti...Ustaz menyuruh kami sembahyang subuh dahulu.kami pun pergi ke masjid yang berhampiran.

Setelah sembahyang, aku mohon pada Allah supaya memudahkan urusan kami...Kami pun mengambil barang2 kami dan menunggu bas. Kelihatan ada dua bas, tapi bas-bas tersebut telah dipenuhi oleh jemaah wanita...Nampaknya ada masalah logistik sebab jumlah bas tak sama dengan jumlah jemaah yang ada. Cabaran lagi.., bisik hati ku!!

Kami tak ada pilihan selain untuk menaiki bas tersebut..tetapi kena duduk di bahagian atas bas tersebut. Kami merasa terkejut dan gembira sebab selama ini kami melihat orang-orang lain yang naik bas di bahagian atas..dan kali ini kami berpeluang untuk merasanya...

Aduh, satu cabaran buat kami untuk naik sorang demi sorang ke atas bas tersebut dengan keadaan tangga nya yg agak sempit. Kami pula sedang memakai ihram dan sejuk pulak tu..Kami perlu berhati-hati supaya dapat naik dengan selamatnya disamping tidak melihat ke atas semasa rakan2 naik tangga, nanti ternampak bahagian yang lain pula!! Alhamdullillah, semua dapat naik dengan selamatnya...

Setelah itu, bas kami pun memulakan perjalanan...Ohh sungguh sejuk sekali...maklumlah lepas subuh dan musim sejuk pulak tu.Kami pun bertalbiah sepanjang jalan ....perjalanan agak lama jugak.lebih dari setengah jam.jarak dari hotel kesini lebih kurang 10 km. keadaan jalan agak sesak.

Kelihatan berjuta2 jemaah berpusu-pusu menuju ke padang arafah mengunakan beratus-ratus bas dan kereta..segala macam bentuk kenderaan pun ade...kami melalui jalan-jalan utama di Mina dan seterusnya ke Arafah ramai orang yang memandang kami...yelah duduk diatas bas ..begitu besar sekali padang ini dan kelihatan banyak simpang.

Nampaknya, tempat perkhemahan di arafah ini dibahagikan mengikut kawasan asal jemaah haji...Kami ditempatkan di kawasan Southest Asia....Bas berjalan melewati padang arafah..melewati kawasan perkhemahan Malaysia (Tabung Haji)..kelihatan kawasan Tabung Haji itu begitu kemas dan bersih..maklumlah pekej mahal sekali (TH Travel) dan akhirnya berhenti di tepi jalan...

Kami pun turun dari bas tersebut. Keadaan yang sama berlaku..dimana kami pelu lebih berhati-hati sebab diperhatikan oleh jemaah wanita...kenapa dia orang sibuk, aku pun tak tahu...Kami pun berjalan ke arah perkhemahan jemaah Indonesia....

Kami ditempatkan dibawah satu khemah yang besar berbumbungkan kain kanvas dan berlantaikan karpet lama..Kami pun memasang tikar dan sejadah dan mengambil tempat masing-masing..Waktu baru melewati jam 8.00 pagi..suasana begitu nyaman sekali, mendung. Diluar perkhemahan kami, kelihatan aktiviti perniagaan begitu rancang sekali –walaupun keadaannya Cuma beralaskan tikar di atas padang pasir.. Ada yang menjual kain, the, kopi, air bergas, ayam, sate, nasik, gado-gado dan yang utama sekali, bakso. Ada jugak yang menjual kaset Siti Norhaliza..tak sangka sampai macam ini sekali.....Aduh, suasana kat sini macam di pasar malam... Melihatkan keadaan ini, aku pun terasa lapar..maklumlah tadi breakfast jam 4.30 pagi…aku pun terus pergi melawat gerai-gerai dan membeli teh panas dan Bakso...Kelihatan rakan-rakan jemaah yang lain pun berbuat demikian.

Tak lama selepas itu, Ustaz Marwadi memberikan tazkirah mengenai Ibadat Haji dan Wukuf di Arafah. Setelah taklimat itu, kami semua mulalah mempersiapkan diri untuk Wukuf. 

Ada yang membaca Al-Quran dan ada yang bertasbih, tahmid dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk ke Jabal Rahmah....terutamanya yang bujang-bujang seperti Harry, Shazli, Syukri, Rizal...Ada jugak yang dah berkeluarga pergi ke situ termasuk Azman...Kelihatan keadaan di Jabal rahmah begitu sesak sekali dipenuhi oleh ribuan manusia berpakaian serba putih...Aku tidak pergi kesana, cuma memerhatikan dari jauh sahaja.

Masuk waktu Zohor dan mulalah waktu Wukuf..Ustaz membacakan khutbah Arafah dan diikuti dengan sembahyang Zohor. Selepas itu, zikir dan doa dibacakan secara beramai-ramai... Setelah itu, tibalah waktu makan tengahari..lauk daging dan sayur...selepas makan, semua jemaah mengisi waktu yang terluang itu untuk berzikir dan berdoa...Inilah tempat yang mustajab doakan, kata Ustaz..Kami semua melakukan ibadat secara bersendirian hinggalah ke penghujung waktu Asar....Sempatlah aku menghantar SMS kepada keluarga di Malaysia pada masa itu...

Masuk sahaja waktu Maghrib, semua jemaah dikehendaki pergi ke Mudzalifah...kami ada dua pilihan, samada pergi dengan bas..(tak tahu berapa lama sebab jalan sesak sekali) atau berjalan kami...Kebanyakan jemaah lelaki memilih untuk berjalan...agak jauh jugak > 5 km... Pada mulanya aku bercadang nak naik bas, tetapi semua kawan2 yg lain memilih untuk berjalan kaki...lalu aku tukar fikiran..untuk berjalan bersama-sama..walaupun aku tahu kaki aku ini biasanya sakit bila berjalan jauh..tapi demi Allah, aku ingin teruskan...Kami pun memulakan perjalanan merintasi padang Arafah..suasana sungguh kelam-kabut sekali di sepanjang jalan sebab semua jemaah hari (> 3 juta) akan pergi ke Mudzalifah...Kami berjalan merentasi laluan kenderaan menuju ke lorong perjalan kaki..sungguh sesak sekali..Kami pun melantik seorang pembawa bendera..untuk memimpin jalan...cuaca begitu dingin sekali..kami pun sampai ke lorong perjalan kaki..aduh jauhnya..jelas kelihatan di papan tanda..Mudzalifah 5.3 km....Aku kuat kan semangat...untuk berjalan...Aku berjalan tanpa henti bersama-sama Wan Lotfi..dan kami ... minum air...dan bertalbiah...Ada yang sakit kaki, sakit tumit, letih dan berbagai-bagai rintangan...Ada juga yang putus seliparnya semasa berjalan...Akhirnya, kami sampai di Mudzalifah..setelah hampir 2 jam berjalan.....Alhamdullillah, aku tak apa-apa, Cuma lengoh kaki sahaja..ramai yg kagum sebab aku tak apa-apa..memandangkan aku berbadan besar....

Masuk sahaja di kawasan Mudzalifah, keadaan menjadi kelam kabut lagi..tolak menolak berlaku...ini disebabkan ada jemaah haji yang duduk dan membuka khemah mereka di kawasan jalan utama..ada yang terpijak..dan ada juga tengah makan lalu makanan mereka dipijak oleh jemaah yang berjalan tadi...Itu adalah salah mereka sendiri..sebab tak sabar-sabar nak buka khemah dan malas untuk memilih tempat lain...Kumpulan kami hampir terpisah..dan aku sendiri nyaris-nyaris terjatuh apabila ditolak...Kami memilih kawasan yang berhampiran dengan Masjid...di kawasan letak kenderaan...Cuaca begitu dingin sekali...

Sampai sahaja dikawasan itu, kami pun membuka tikar dan sejadah..Kami pun mengambil air sembahyang dan melakukan sembahyang Maghrib & Isyak...Setelah itu, terasa perut begitu lapar sekali dan Ustaz pergi membeli makanan. Malam tu, kami makan nasi putih berlaukkan kari daging pakistan...Setelah makan, kami pun membuat persediaan untuk tidur..agak susah nak tidur sebab kesejukan..

Ada rakan-rakan yang pergi mencari batu-batu kecil yang akan digunakan untuk melontar Jamrah pada esok hari...Kami gunakan botol air mineral kecil sebagai uncang kami....


Khamis, 20 Januari


Kami mula baring pada jam 12.00 tgh malam, sambil melihat langit..kelihatan indah sekali..diterangi oleh cahaya bulan..Kamipun mula tidur..tapi susah nak tidur sebab angin sejuk makin kuat bertiup terutamanya pada 2.30 pagi...aku tak dapat tidur langsung...rakan-rakan lain, ade yg boleh tidur dan ada jugak yang tak dapat tidur..perlahan sungguh perjalanan masa pada ketika itu...begitu penat sekali selepas berjalan hampir 2 jam lebih.....Tempat kami berhenti itu merupakan laluan angin...

Yang dapat tidur..Lotfi dan Adlin...sebab badan mereka dilindungi oleh rakan-rakan yang lain. Kawan-kawan lain menghisap rokok dengan banyaknya untuk melawan rasa sejuk tersebut. Tak lama lepas tu, masuklah waktu Subuh..kami pun pergi mengambil air sembahyang dan bersembahyang bersama-sama.

Kami juga pergi mencari batu-batu kecil untuk digunakan semasa lontaran nanti...7lontaran x 3 jamrah = 21 batu...

Lepas tu, kami menyambung perjalanan kami..kami ini untuk ke Mina..untuk melontar Jamrah… Kami semua confident, kali ini perjalanan mudah aje..sebab jarak antara Mudzalifah ke Mina Cuma 2 km sahaja.. Kami pun mengemaskan semua barang2 dan memulakan perjalanan ke Mina..Suasana perjalanan sama sahaja..sibuk dan penuh dengan jemaah haji yang lain..Kelihatan sampah-sarap di merata-rata tempat termasuklah di laluan perjalan kaki…Setelah berjalan selama 1 jam, kami pun sampailah ke kawasan Mina..Kami memasuki terowong utama..keadaan disini sangat sesak..kami terpaksa berhenti berkali-kali dan berlaku tolak menolak di sana sini..

Di sepanjang terowong, kelihatan gerai-gerai yang menjual makanan dan juga khemah-khemah putih…kami terus berjalan mengikuti pembawa bendera kami..Sekali sekala kami ditinggalkan jauh atas sebab kesesakan…Kelihatan juga papan tanda menerangkan cara-cara melontar jamrah….Kami berjalan lebih dari 2 jam merentasi terowong ini, hati tertanya-tanya kat mana Jamrah ni…bila nak habis kawasan terowong ini..Kelihatan juga jemaah2 yang dah bercukur kepala datang dari arah bertentangan… Akhirnya, kami sampai ke kawasan hujung Mina. Kami terus ke kawasan Jamrah Aqabah .Kelihatan bahagian atas jamrah penuh dengan jemaah haji ..nampak gaya tak ada peluang nak melontar ni…Ustaz membawa kami ke kawasan bawah jamrah…Kami pun berhenti di tepi jalan..

Semua rakan2 berada dikawasan ini kecuali Lotfi yang tertinggal dibelakang. Kami semua menunggu Lotfi…Ustaz menyuruh kami melontar…Mulanya semua keberatan, sebab dah penat dan cadangnya nak rehat dahulu..tapi bila melihat rakan2 indonesia sudah selesai melontar dalam tempoh 5 minit, kami mengambil keputusan untuk melontar…Aku pun pergi melontar bersama Ustaz…Kelihatan lain sekali jamrah ini..Kawasan jamrah ini telah dibesarkan…

Alhamdullillah, dah selesai melontar dan akupun bertahallul awal bersama rakan-rakan lain. Alhamdullilah, dah hampir sempurna ibadat haji aku.......

Hiskal & Lotfi tidak melakukan tahalul Awal. Setelah selesai bertahalul, kami pun berjalan terus ke hujung sempadan Mina..kami berjalan terus dan tiba-tiba kami dah sampai balik ke tempat penginapan kami…..Selama ini kami ingatkan tempat penginapan kami di Mekah, rupanya dipinggir Mina….Sampai sahaja di tempat penginapan, kami terus baring..keletihan….Tapi seronok, sebab tak payah pakai pakaian ihram lagi....

Rupa-rupanya Ustaz kami tidak mengambil khemah di Mina sebab tempat penginapan kami agak hampir dengan Mina…Kami mengambil kesempatan ini untuk mandi dan bertukar pakaian biasa. 

Selepas Asar, kami bersiap-siap untuk melakukan ibadat seterusnya, Mabit di Mina. Kami dikehendaki berada di Mina lebih dari separuh malam. Kami mengemaskan beg membawa sejadah, tikar, kitab dan kain ihram (utk dijadikan selimut...)

Kami berjalan sejauh 30 minit sampai di Mina pada jam 6.00 petang. Ini bermakna kami perlu berada di kawasan Mina sehingga pukul 1.00 pagi. Kami berpecah dan aku sekumpulan dengan Hiskal, Lotfi, Adlin dan Azman. Kami memilih kawasan yang berhampiran dengan Hospital kerana tempat tu dekat dengan bilik air dan kawasan minuman. Kami pun menghamparkan tikar kami sambil bersiap-siap untuk sembahyang maghrib. Kelihatan beberapa jemaah lain menghampiri kawasan kami untuk sama-sama bersembahyang maghrib dan isyak. 

Alhamdullillah, kawasan kami jadi musalla dan ramai yang lalu lalang..singgah untuk bersembahyang di situ..Kami pun duduklah di situ berjiran dengan jemaah dari Arab dan juga Indonesia. Cuaca begitu sejuk sekali dan suasana di kawasan ini agak sibuk sekali, penuh orang lalu lalang dan juga orang yang berniaga. 

Kelihatan ramai jemaah dari Malaysia (Tabung Haji) lalu disitu secara berkumpulan untuk melontar jamrah. Nampaknya, jemaah Malaysia melontar selepas waktu maghrib ke atas…

Tanggal pukul 9.00 malam, kami dah mula lapar..aku pun pergi berjalan untuk mencari makanan..tak banyak pilihan ..Cuma yang ada nasik indonesia..jadi akupun membeli makanan tersebut berserta dengan buah oren. Kami pun makanlah beramai-ramai. Jiran kami juga membeli makanan – Ayam Al Baik. Setelah makan, masing-masing melakukan ibadat, ada yg berzikir dan ada yng membaca quran. Aku dah mula letih dan baring..kelihatan bulan terang sekali di seliputi oleh awan yang bergerak agak laju mengikut arah angin....Dapat jugak aku tidur sedikit malam ni...Sampai jam 3.30 pagi, kami pun bangun mengemaskan barang dan pulang ke tempat tinggal kami....

Jumaat 21 Januari


Pada pagi ni, kami bersiap-siap untuk menunaikan sembahyang jumaat di Mekah. Kami pergi menaiki teksi...dia charge SR10 (biasanya SR2 sahaja). Keadaan trafik agak sesak, driver taxi menyuruh kami turun di persimpangan sahaja. Semasa mengerjakan tawaf, keadaan sesak sekali, berlaku tolak menolak di sana sini. Tapi, aku tidak mengendahkannya, hati dan fikiran tetap pada Allah sambil melihat Kaabah...Dah biasadah dengan keadaan ni, nanti kalau sibuk fikir hal tolak menolak, terbatal pulak air sembahyang nanti.

Setelah selesai, macam biasalah gi makan Berger King (American ni kat mana-mana pun ade!!) Masa nak balik, tak de teksi yang nak bawak we all balik..apalagi menapaklah balik perlahan2 ke Mina..selama 45 minit!! Berpeluh juga, keadaan jalan pun berabuk....Rupa-rupanya sahabat2 lain pun berjalan jugak.....

Malam tu, kami gi ke Mina lagi untuk Mabit untuk kali kedua. Macam biasa, duduk kat tempat yg sama dan berzikir kepada Allah. Jam 3 pagi, kami terus pergi melontar jamrah...

Sabtu 22 Januari

Malam ni kami tak dapat tidur sangat..sebab panas. Pagi tu, bangun sembahyang subuh di masjid berhampiran.. Lepas tu, gi cari breakfast..dapatlah makan roti arab dan kari...Sahabat2 dari Indonesia, semuanya buat Nafar Awal dan buat lontaran awal. Kami semua akan berada di disini lagi sehingga hari yang ketiga..

Pada waktu tengahari, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya...Keadaan di Mina ni agak kotor dengan sampah sarap yang ditinggalkan jemaah...Air tiba-tiba naik setinggi paras lutut waktu tengahari..habis semua sampah sarap dihanyutkan...tuhan marah kepada jemaah agaknye sebab ramai yg komplain kotor sangat....keadaan di hotel pun agak teruk, sebab air menitik di sana sini.....sebab ada crack di dinding dan tingkap!!! 


Semua risau tentang Mabit malam ni..macammana..keadaan yang basah...Malam tu merupakan malam yang paling sejuk sekali...kami bermabit dibawah jambatan jamrah 'Ula. Ramai orang Malaysia dan Indon disitu...Kesian kat makcik dan pakcik yang kesejukan...selimut yang digunakan itu agak nipis....kami pun berikan selimut kami (kain ihram) kepada mereka... Saudara Azman sempat bersembang dengan pakcik tu...dia dari kelantan dan berjalan dari mudzalifah ke mina...Ada sorang awek Indon tu berminat kat Azman..nampaknye prayer dia kat Jabal Rahmah dah terjawab..he he...Lotfi nampaknya buat apa yang dia suka..berborak2 dengan orang ...Si Rizal membeli nugget dan kami pun makan beramai..ramai.. Malam tu, kami melontar jamrah...pulang ke hotel pada jam 4.00 pagi..



Pagi ni kami tidur agak lama..Lepas tu, dalam pukul 10.00 pagi, kami gi ke Mina untuk melontar jamrah untuk kali terakhir...Alhamdullah, sudah tamat ibadat haji kami...kami berpelukan sesama sendiri..rasa sungguh sayu dan seronok sekali..hanya Allah yang tahu..entah kan bila boleh datang buat haji kembali...Yang penting masa ibadat ini adalah kesihatan jasmani....melebihi dari rohani... Lotfi dan Hizkal pula pergi ke Mekah untuk menunaikan Tawaf Ifadah mereka..dan menggunting rambut untuk bebas dari Ihram.. Kami pula pergi ke Restoran Malaysia untuk menjamu selera...makan nasi kandar..(ade begedil, kari daging, keropok udang, daging dendeng) ...harganya SR10..  Lepas tu pulang ke hotel..untuk berehat dan bersiap2 untuk melakukan Tawaf Wida'. Asalnya kami nak buat umrah,,tapi tak larat sangat ..dan kami rujuk kepada ustaz, dia kata tak perlu sebab kami dah buat umrah pada tahun itu juga.... Malam tu, kami ke Masjidi Haram...wah..pack betul...2 jam baru sampai...nampaknya semua nak buat tawaf wida...Kami berkumpul di jam besar dan berpecah.. ada yg buat tawaf dan ada yang tinggal untuk jaga beg kami..bergilir-gilir...  Aku buat tawaf dengan Shazli pada pukul 10.30...lepas 2 jam baru selesai....yelahlah beribu2 buat sekali... Setelah semua selesai, kami sibuk mendapatkan kenderaan yg sesuai untuk pulang ke Madinah...Kena pulang malam  ni juga..kalau tidak kena buat Tawaf Wida lagi sekali...

Setelah puas negotiate sana sini, dapatlah sebuah van..dia charge SR175 sorang..takpelah..asalkan boleh balik... Van tu dapat memuatkan 8 orang...dan kami berlepas pulang jam 1.00 pagi.. Perjalanan pulang smooth....kami berhenti beberapa kali...

Isnin 24 Januari

Pagi kul 6.45 kami sampai di Bir Ali, Madinah...Kami memunaikan waktu Subuh...Kami nampak banyak lumpur di atas jalan dan ada sungai kat Madinah...rupa-rupanya..Madinah juga dilanda hujan lebat.. Sampai rumah kat Eskan pukul 7.30 pagi...jalan kat kawasan rumah pun berlumpur juga..Kami dapat tahu yang Madinah juga dilanda banjir yang paling buruk dalam masa 20 tahun dan seramai 29 orang telah terkorban... Alhamdullillah, dah sampai rumah.....Nampaknye..
semua orang dah kena demam, selsema, sakit kepala dan sakit dada...Takpelah,semua nye dah sudah..kami tahan aje...
Ini adalah pengalaman yang paling bermakna buat ku..Aku takkan lupa sampai bila-bila...Berjalan kaki yang jauh dari Arafah ke Muzdalifah, dari Muzdalifah ke Mina, dari Masjidil Haram ke Mina.. Tak dapat difikirkan betapa penatnya pada waktu itu..tapi masatu, kami hanya fokus kepada apa yang perlu dilaksanakan dalam masa 6 hari itu...menjalankan kewajipan rukun Islam yang ke lima kepada Ilahi...Jauh disanubari, dapat dirasakan perasaan yang sentiasa menyuruh kita melakukannya walaupun macam-macam rintangan yang diterima...bersesak-sesak, tak cukup bilik air dan macam-macam lagi...tapi hatiku puas. Iman ku kepada Allah bertambah-tambah dan rasa suci dan bebas dari dosa........

Alhamdullillah dan Syukur kepada Allah atas kurnia dan nikmat dari nya. Aku mohon untuk datang lagi bersama isteri tercinta untuk menunaikan haji sekali lagi, Insya-Allah. 

GO ARSENAL!












Club History
From Foundation to the First World WarArsenal Football Club began life when a group of workers at the Woolwich Arsenal Armament Factory decided to form a football team in late 1886. The Club played under the name of Dial Square. Their first match was a 6-0 victory over Eastern Wanderers, on December 11, 1886. Soon after, the name Royal Arsenal was adopted and the Club continued playing in friendlies and local cup competitions for the next few years.
In 1891 the Club turned professional and changed its name to Woolwich Arsenal, finally joining the Football League in 1893. The Gunners moved to Highbury in 1913, as a Second Division side. Following the First World War Arsenal were voted into the newly expanded First Division, where they have remained ever since.









Into Emirates Stadium


As the Club prepared itself for the move to Emirates Stadium, Gunners captain and record goalscorer, Thierry Henry committed his future to Arsenal before going on to help France reach the World Cup Final in Germany in the summer of 2006. In July, 2006 the Club left Highbury, their stadium of 93 years, and moved to their new home. Ajax provided the opposition in Dennis Bergkamp’s Testimonial as the legendary striker played his last game for the Club in the first ever match at Emirates Stadium.